


Terima Kasih.
Tasik Kenyir terletak kira-kira 55 km dari Bandaraya Kuala Terengganu yang merentasi Sungai Terengganu iaitu lebih kurang 50 km ke barat laut Kuala Terengganu. Tasik Kenyir merupakan tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara seluas 260,000 hektar. Jeti Pengkalan Gawi merupakan pintu masuk utama ke tasik itu yang terletak bersebelahan Pengakalan Utama.
Tasik ini juga merupakan kawasan empangan batu-hidro-elektrik batu-batan terbesar di Malaysia. Apabila kawasan ini dibanjiri air, kebanyakan kawasan pergunungan berada di atas paras air, sekaligus membentuk 340 pulau buatan manusia. Di sini juga terdapat lebih daripada 14 buah air terjun. Tasik Kenyir juga merupakan pintu masuk ke Taman Negara melalui laluan Tanjung Mentong.
Kawasan hutan hujan yang meliputi tempat ini mempunyai pelbagai spesies flora dan fauna. Ini termasuk koleksi paku-pakis liar, bunga orkid eksotik, burung kenyalang, gajah dan harimau bintang. Ia turut menempatkan lebih 8,000 spesies bunga, 2,500 spesies tumbuhan, 800 spesies orkid dan 300 spesies kulat.
Antara tarikan utama Tasik Kenyir ialah air terjun, Gua Bewah, sungai-sungai yang kaya dengan ikan air tawar, gunung untuk didaki, denai untuk merentas hutan dan tidak ketinggalan, tasik yang sesuai bagi aktiviti sukan.
Tasik Kenyir menjadi kawasan percutian popular bagi pengunjung yang ingin dikelilingi kawasan hutan yang indah. Ia juga menjadi tempat kegemaran pemancing kerana menempatkan pelbagai spesies ikan sungai seperti Baung, Toman, Kelisa, Lampan dan Kelah. Kawasan tasik ini juga popular untuk aktiviti kayak, naik bot, trek hutan, memandu kenderaan pacuan 4 roda dan bermain golf.




"Tidaklah bernama kebaikan, apabila engkau menghadapkan mukamu ke timur dan ke barat, tetapi yang dikatakan kebaikan itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah, hari Akhirat, malaikat-malaikat Nya, kitab-kitab Nya dan Nabi-nabiNya" |













Tarikh terakhir kemaskini: 09-11-2010