Carian :
Suhu Kini 28°C
| 25 Apr 2024, | |
Bahasa Melayu | English
« April 2024 »
AhIsSeRaKhJuSa
 123456
78910111213
14151617181920
21222324
25
2627
282930    
       

Tiada Aktiviti Direkodkan


                                   
  Tiada undian atau tinjauan buat masa ini
Terima Kasih.
LAMAN UTAMA > Pulau Redang

PULAU REDANG

Pulau Redang terletak 45 km dari pinggir pantai Kuala Terengganu merupakan pulau terbesar dari gugusan sembilan buah pulau yang terlindung di Laut China Selatan. Pulau-pulau lain yang berhampiran termasuk Pulau Lang Tengah, Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Bidong.

Pulau Redang berukuran 7 km panjang dan 6 km luas dengan puncak tertinggi iaitu Bukit Besar yang terletak 359 meter dari aras laut. Pulau ini terbentuk daripada batuan granit dan sedimentari. Kebanyakan jenis tanah adalah tidak sesuai untuk pertanian kecuali sekitar lembah Sungai Redang dan kawasan tinggi Bukit Besar.

Antara pantai berpasir yang boleh dikunjungi di Pulau Redang ialah Pantai Teluk Kalong, Pantai Pasir Panjang, Pantai Teluk Dalam, Pantai Chagar Hutang, Pantai Mak Kepit dan Pantai Mak Simpan. Sebahagian besar garisan pantai adalah didominasi oleh batu batan yang tajam dan curam serta gua yang terbentuk hasil dari hakisan ombak terutama di kawasan batuan sedimentari.

Pulau ini juga menawarkan air laut yang jernih dan beraneka tapak yang sesiau untuk aktiviti selaman scuba, snokel, menaiki bot dan berkanu serta berenang. Perairan yang terlindung di sekitar Taman Laut Pulau Redang ini kaya dengan pelbagai jenis hidupan laut yang cantik dan menarik. Oleh kerana Pulau Redang telah diwartakan sebagai Taman Laut, aktiviti memancing tidak dibenarkan dalam kawasan lingkungan sejauh 3.2 km dari pulau.

Perairan di sekeliling Pulau Redang juga mengandungi dua buah bangkai kapal yang bersejarah iaitu H.M.S Putera Wales dan H.M.S Repulse yang telah ditenggelami di sini pada permulaan Perang Dunia II dan Mewujudkan suasana bagi pendudukan Jepun di Tanah Melayu.

 

 


 

"Tidaklah bernama kebaikan, apabila engkau menghadapkan mukamu ke timur dan ke barat, tetapi yang dikatakan kebaikan itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah, hari Akhirat, malaikat-malaikat Nya, kitab-kitab Nya dan Nabi-nabiNya"


Tiada Rekod Pengumuman

Lagi >>


Bilangan Pelawat: 0000026948Bilangan Pelawat: 0000026948Bilangan Pelawat: 0000026948Bilangan Pelawat: 0000026948Bilangan Pelawat: 0000026948Bilangan Pelawat: 0000026948Bilangan Pelawat: 0000026948Bilangan Pelawat: 0000026948Bilangan Pelawat: 0000026948Bilangan Pelawat: 0000026948