Terima Kasih.
Pulau Kapas yang terletak kira-kira 6 km dari pinggir pantai Marang atau 10 minit perjalanan dengan menaiki bot laju. Pulau ini merupakan salah sebuah pulau yang tersohor di Terengganu dengan air lautnya yang jernih, pantai berpasir putih dan dikelilingi dengan pohon kelapa. Pulau ini yang agak terpencil, jauh dari kesibukan di tanah besar merupakan destinasi yang paling sesuai untuk mereka yang mencari tempat untuk ketenangan dan berehat. Pelbagai jenis batu karang lembut dan keras, ikan, penyu dan hidupan laut lain yang menarik menjadikannya destinasi utama bagi penyelam skuba dan perenang snokel yang arif.
"Tidaklah bernama kebaikan, apabila engkau menghadapkan mukamu ke timur dan ke barat, tetapi yang dikatakan kebaikan itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah, hari Akhirat, malaikat-malaikat Nya, kitab-kitab Nya dan Nabi-nabiNya" |
Tarikh terakhir kemaskini: 09-11-2010